KENALI DIRI PENULIS

Saya Mohamad Faiz Faizuddin Bin Zulkifli anak sulung dari Empat beradik merupakan anak kepada Zulkifli Bin Abdullah dan Hanisah Binti Abdul Rahman. Saya berasal dari Marang, Terengganu dan mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Pasti Izzul Islam dan melanjutkan pelajaran di SK Seberang Marang, Terengganu dan juga SMA Marang, Terengganu. Di sekolah, saya sangat aktif berpersatuan dan juga saya merupakan Ketua Pengawas Sekolah. Saya sangat meminati dalam bidang kepimpinan dan pengurusan. Semasa saya berada disekolah Menengah, saya juga sentiasa mewakili sekolah dalam Kursus di Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Saya mudah mesra dengan guru dan sentiasa memegang prinsip ” Hormati Guru”. Kerana saya yakin dengan menghormati guru, kita akan berjaya suatu hari nanti. 

TESTING SAHAJA..JANGAN MARAH..HAHA

Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di Peringkat Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dalam bidang SAINS Selama dua Tahun . Mengikuti pengalaman di sekolah, saya juga aktif di KMM dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Exco Kerohanian Pembimbing Rakan Dinamik(PRD) dan juga pernah dikurniakan Anugerah Tokoh PRD Oleh Pengarah Matrikulasi Melaka.

Selepas tamat pengajian Matrikulasi, saya pernah bekerja di salah sebuah Firma Guaman (sementara) kerana saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang pendidikan. Saya amat meminati bidang pendidikan dan ingin menjadi pendidik suatu hari nanti. Saya pernah berazam untuk menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru, tetapi nasib tidak menyebelahi dan saya  tidak putus asa mendapat apa yang diingini. Selagi saya hidup, selagi itu saya berusaha apa yang saya ingin kecapi. 

Alhamdulilah, saya telah berjaya menjadi warga pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknousahawan (Pengurusan Teknologi dan Perniagaan) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM). Saya semakin matang dalam hidup dan sentiasa ingin mencari perubahan dalam diri. Saya juga turut aktif dalam Persatuan di Universiti dan memegang jawatan sebagai Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga Exco dalam Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) di Dewan Penginapan Pelajar. Saya juga sangat meminati dalam bidang pengacaraan, saya sentiasa dipanggil oleh pihak Universiti untuk menjadi juruacara sesuatu majlis. Bidang pengacaraan ini adalah secara tidak langsung saya terjebak, lama kelamaan, ia menjadi satu minat pada diri saya dan akan saya teruskan ketika saya begelar seorang guru nanti. Selain itu, saya juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyiann dan saya adalah penyanyi Nasyid Universiti dan pernah bertanding di MAKUM NASYID di Universiti Putra Malaysia mewakili UUM.

Bagi saya “Profesionalisme seorang guru” ini bergantung kepada sikap guru itu sendiri, jika guru tersebut masih mengekalkan sikap yang sama, maka bagi saya guru itu tidak mempunyai minat dalam mengajar anak bangsa. Profesionalisme merangkumi pelbagai aspek yang sentiasa akan dilihat oleh semua orang. Jika guru mempunyai peribadi yang sebegitu, maka guru tersebut akan sentiasa disanjung dan dihormati.