Cara Mendaftar Akaun GMAIL

Assalamualaikum Wbt. Pada Article kali ini saya ingin Kongsikan tentang apa itu Gmail dan Cara Mendaftar Akaun gmail ,Gmail merupakan teknologi atau yang perkhidmatan yang kini digunakan secara meluas kerana manfaat dan kemudahannya yang banyak yang disediakan untuk pengguna.

Apa Kaitan GMAIL & Emel?? Untuk Pengetahuan anda E-mel adalah nama yang dipendekkan untuk mel elektronik. E-mel adalah cara menukar mesej digital dengan bantuan internet. Gmail ialah perkhidmatan e-mel yang dimiliki oleh Google. Oleh itu, perbezaan utama antara e-mel dan Gmail ialah e-mel adalah cara untuk menukar mesej digital sedangkan Gmail adalah pembekal perkhidmatan e-mel. Secara Ringkasnya, GMAIL adalah perkhidmatan e-mel yang disediakan oleh GOOGLE yang memberi peluang kepada pengguna untuk menghantar dan menerima e-mel melalui internet secara Percuma.Berikut saya Ingin Kongsikan Cara Mendaftar Akaun GMAIL:

Langkah Cara Daftar Email Di Gmail

Klik url https://mail.google.com. Anda akan nampak paparan sebagaimana di bawah. Isikan maklumat-maklumat didalam ruangan yang disediakan.(Jika tidak faham cara untuk mengisi sila baca penjelasan di bawah)

GMAIL adalah perkhidmatan e-mel yang disediakan oleh GOOGLE yang memberi peluang kepada pengguna untuk menghantar dan menerima e-mel melalui internet

Huraian dan Penerangan cara mengisi maklumat untuk akaun GMAIL

Nama : Isikan nama pertama dan nama akhir anda. Sebagai contoh ruangan pertama ialah Ahmad dan ruangan akhir ialah Abu.

Pilih nama pengguna anda : Masukkan alamat email yang diinginkan. Pilihlah dengan unik kerana ia akan menjadi username and. Gabungkan dengan angka dan tanda noktah.Contohnya: ahmad.abu2015

  • Tidak perlu menulis @gmail.com di dalam ruangan tersebut kerana ianya dimasukkan secara automatik.
  • Alamat email tidak semestinya mempunyai nama anda, cuma apa yang penting ialah belum ada yang menggunakan alamat email tersebut.
  • jika ada peringatan “Orang lain telahpun menggunakan nama pengguna itu.Ambil perhatian kerana kami mengabaikan tanda titik dan huruf besar dalam nama pengguna. Cuba nama lain?” Anda juga boleh mencuba alamat email yang telah tersedia.

Buat kata laluan : Masukkan kata laluan yang anda inginkan sekurang-kuranya 8 character. Sebaiknya cuba gabungkan antara huruf dan nombor yang panjang supaya akaun anda tidak mudah diceroboh oleh orang lain.

 

  • jangan gunakan nombor kad pengenalan, nombor handphone anda ataupun apa-apa yang menceritakan tentang maklumat diri anda sebagai kata laluan. Ini akan memudahkan orang yang tidak bertanggungjawab menceroboh akaun email anda.
  • penggunaan huruf besar dan huruf kecil amat berpengaruh dalam ruangan buat kata laluan ini. Jadi kena pastikan CAPS LOCK anda ON atau OFF terlebih dahulu.

Sahkan Password anda : Masukkan kembali kata laluan yang telah dimasukkan tadi.

Tarikh lahir : Masukkan hari, bulan dan tahun kelahiran

Jenis Jantina : Masukkan jantina anda samada Lelaki atau perempuan

No Telefon  : Masukkan nombor telefon Peribadi anda.

Alamat e-mel semasa/Backup anda : Sebaiknya Masukkan alamat email lain jika ada.(Boleh untuk tidak diisi,abaikan)

Buktikan anda bukan robot : Isikan ruangan “taipkan teksnya” dengan kod yang anda lihat sebagaimana kotak di bawah. Contohnya masukkan nombor 931 ke dalam ruangan “taipkan teksnya”. 

Lokasi : Pilih lokasi negara anda samada Malaysia, Indonesia, Singapura atau sebagainya. Tandakan sekiranya anda telah bersetuju dengan syarat dan Peraturan yang dinyatakan oleh google.

Langkah terakhir : klik “Langkah seterusnya” yang berwarna biru.

Kemaskini profil Google+ awam anda : Pada ruangan ini anda boleh memuat naik gambar untuk dimasukkan ke dalam profile google+ anda. Walaubagaimanapun anda boleh mengabaikannya buat sedketika dengan memilih “Tidak,terima kasih”.

Klik icon yang tertulis “Teruskan ke Gmail” yang berwarna biru.

Tunggu beberapa ketika sehingga proses loading menunjukkan pemberitahuan yang bertajuk “Biarkan Gmail yang bekerja keras”.

Klik icon “seterusnya”.Jika anda ingin meneruskan bacaan mengenai gmail baru ini klik icon “seterusnya” dan jika tidak mahu meneruskan bacaan, klik huruf X dipenjuru atas sebelah kanan creen monitor anda.

Sekarang email gmail anda sudah siap sepenuhnya.

P/S: cara memdaftar Akaun di Gmail  berkemungkinan akan berubah mengikut peredaran masa. Selamat maju Jaya.

About Faizuddin Zulkifli

Check Also

Nasihat Imam Ibn Qayyim Tentang Ketenangan Hati

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah. Janganlah bebankan dirimu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *